LirikLagu.com.my merupakan sebuah laman web Malaysia yang memuatkan lirik lagu-lagu yang anda kehendaki. Koleksi besar lirik-lirik ini bukan hanya tertumpu pada lagu daripada artis tempatan namun turut memuatkan lirik lagu daripada artis antarabangsa. Kami menyediakan perkhidmatan yang memudahkan anda mencari lirik lagu dari seluruh pelusuk dunia.
Selain memberikan anda lirik yang anda kehendaki, LirikLagu.com.my turut memberikan informasi yang anda perlukan tentang sesebuah lagu. Selain dari bait kata dari lagu tersebut, kami juga menyediakan informasi berkenaan penyanyi lagu, penulis lirik dan asal lagu tersebut. Di LirikLagu.com.my, kami komited dalam memberikan maklumat yang lengkap berkenaan muzik dan lagu. Oleh sebab itulah, selain dari menyediakan lirik lagu yang anda kehendaki, kami turut memberikan anda informasi lain seperti profil artis, carta 10 terbaik, penulisan lirik dan lain-lain lagi.
Di LirikLagu.com.my, anda akan mendapati amat mudah untuk mencari lirik dengan adanya bantuan yang disediakan. Jika anda tidak pasti apakah judul lagu yang anda kehendaki, anda akan dibantu untuk mengenalpasti lagu tersebut. Di sinilah, alat bantuan untuk mengenalpasti lagu tersebut seperti snippet akan digunakan. Anda hanya perlu memasukkan kata kunci berkaitan lagu itu seperti beberapa perkataan dari liriknya, menerusi informasi tentang artis yang membawa lagu itu atau melalui tahun ia diterbitkan. Kami menyediakan perkhidmatan padanan menerusi snippet yang mengandungi sedikit informasi tentang lagu tersebut dan dari sini, anda akan memperolehi maklumat dari rakan kami di LirikLagu.com.my yang akan membantu anda mencari lirik yang anda kehendaki.





