Ruangan ini disediakan khas untuk penulis lirik berbakat yang menulis liriknya sendiri. Anda boleh mengarang lirik itu sendiri atau menggubahnya mengikut melodi yang sedia ada. Sebagai ahli LirikLagu.com.my, anda boleh menghantar karya anda kepada kami untuk dipaparkan dan dihayati serta dinilai oleh ahli-ahli lain. Bahagian ini adalah batu loncatan untuk anda mengetengahkan bakat anda kepada mereka yang sedang mencari penulis lirik untuk melodi yang telah dicipta. Jika anda telah menulis lirik untuk sebuah lagu tanpa melodi, anda boleh juga memaparkannya di sini untuk mencari sesiapa sahaja yang mempunyai melodi sesuai. Di sinilah, beberapa bakat baru dijumpai dan anda mungkin boleh menjadi salah seorang dari mereka. Kami di LirikLagu.com.my turut menyokong bakat anda dan akan memberi hadiah menarik kepada lagu yang mendapat rating tinggi dari ahli lain setiap bulan.





